Nak jadi usahawan telekomunikasi dan raih lebih keuntungan?...

 

Sebelum itu mari kita lihat mengapa anda perlu dan mesti pilih untuk menjadi pengedar ONEXOX?

ONEXOX adalah merupakan produk keperluan. Kita sebagai pengedar ONEXOX memperdagangkan produk kegunaan harian yang mempunyai ciri - ciri seperti berikut:-

  1. Sangat berpatutan & menjimatkan.
  2. Mempunyai pasaran tersedia.
  3. Mempunyai permintaan tinggi.
  4. Mempunyai potensi yang tinggi keatas ‘repeat sales’ & kesetiaan pelanggan yang berpanjangan.

Dengan menjadi pengedar ONEXOX, kita berpeluang untuk:-

  1. Menikmati sumber pendapatan yang luar biasa melalui perkongsian keuntungan syarikat.
  2. Tidak perlu premis niaga. Boleh menjalankan perniagaan ONEXOX dari mana - mana lokasi tanpa sebarang masalah.
  3. Memiliki perniagaan yang berstatus "TELCO" dengan kos yang amat minima.

Program keusahawanan ONEXOX adalah perniagaan yang sebenar. Ianya bukan sejenis program Multi-Level ataupun Direct Selling. Sebaliknya ianya adalah perniagaan telekomunikasi (TELCO) yang sebenar dimana kita akan mendaftar sebagai seorang "pengedar" dan bukannya sebagai seorang "ejen" seperti sesetengah tawaran "bisnes telekomunikasi" yang lain.

Setiap pengedar ONEXOX akan bermula dengan status yang sama iaitu sub-pengedar (sub-dealer). Inilah keadilan yang diamalkan oleh syarikat One XOX Sdn Bhd.

Kita tidak boleh beli "pangkat" seperti yang dilakukan oleh syarikat - syarikat MLM. Semua pengedar akan bermula dengan status yang sama. Hanya kerja keras dan usaha yang dilaburkan yang akan membezakan status pengedar dari semasa ke semasa.

Adakah anda perasan bahawa di sekitar tempat tinggal anda pasti banyak kedai telekomunikasi yang memaparkan signboard seperti Maxis, Digi, Celcom, Umobile dan sebagainya.

Mereka - mereka ini adalah merupakan pengedar (dealer) kepada syarikat telekomunikasi tersebut. Setiap simkad yang dibeli menerusi mereka, akan didaftarkan oleh kedai yang terlibat.

Begitu juga dengan kita sebagai pengedar ONEXOX, status kita adalah sama seperti mereka. Kita juga berkemampuan untuk mendaftarkan setiap pelanggan simkad ONEXOX yang kita perolehi.

Walaubagaimanapun, kita sebagai dealer ONEXOX mempunyai lebih banyak kelebihan yang dimiliki terutama sekali potensi pendapatan yang mampu untuk terus meningkat naik tanpa henti.

Bagaimana? Berminat untuk menjadi rakan niaga kami di ONEXOX?

Jom kita lihat apakah kelebihan dan manfaat menjadi pengedar ONEXOX yang bakal anda perolehi kelak.

 

Untuk menjadi usahawan ONEXOX yakni pengedar sah ONEXOX, pertama sekali anda perlulah menjadi pengguna simkad ONEXOX terlebih dahulu.

Hal ini adalah kerana nombor telefon ONEXOX anda akan digunakan sebagai pendaftaran akaun pengedar ONEXOX. Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan TELCO yang lain memandangkan setiap akaun pengedar akan diberikan akses DREG.

Segala kod SMS yang akan digunakan untuk sistem DREG hanya dapat berfungsi menerusi nombor ONEXOX sendiri.

Dan sudah tentulah tersangat pelik sekiranya seorang dealer ONEXOX menggunakan perkhidmatan TELCO lain untuk menjual simkad ONEXOX.

Sekiranya anda belum lagi menjadi pengguna ONEXOX, anda boleh beli simkad ONEXOX dengan kos RM10.00 sahaja di http://onexoxstore.com/offer/order.

Selepas anda menjadi pengguna ONEXOX, maka barulah anda boleh meneruskan proses pendaftaran sebagai sub-pengedar ONEXOX menerusi langkah - langkah di bawah ini.

Sebagai seorang sub-dealer ONEXOX, berikut adalah 3 peluang sumber pendapatan yang bakal anda perolehi:-

1 Insentif Topup 10% - Tier 1

Insentif 10% untuk setiap kali pelanggan simkad ONEXOX anda melakukan tambah nilai (topup) walau dimana jua mereka berada.

 

Sebagai seorang pengedar ONEXOX, kita akan diberi akses ke sistem yang membolehkan kita mendaftarkan pengguna baru bagi simkad ONEXOX.

Semakin ramai pengguna simkad ONEXOX yang kita daftarkan, maka semakin besarlah potensi insentif yang bakal kita perolehi.

Sebagai contoh, katakan dalam tempoh setahun kita berjaya mendaftarkan 100 orang pengguna simkad ONEXOX. Purata nilai topup yang mereka lakukan setiap bulan pula adalah RM50.00. Jadi potensi insentif kita adalah:-

100 orang pengguna X RM50.00 purata topup bulanan X 10% insentif bersamaan

RM500.00 Setiap Bulan!

Bagaimana pula jika anda mempunyai lebih 100 orang pengguna?

Anda boleh tetapkan sendiri berapakah nilai insentif yang anda mahukan. Kongsikan kelebihan simkad ONEXOX ini kepada seramai orang yang boleh

 


Contoh insentif 10% dari nilai topup pelanggan

2 Untung Runcit Simkad ONEXOX 22%

Sebagai seorang pengedar ONEXOX, maka sudah tentulah kita PERLU menyimpan stok simkad ONEXOX.

Harga jualan simkad ONEXOX ini adalah RM10.00 sekeping. Ini adalah harga jualan umum dan "standard" untuk simkad ONEXOX yang perlu pengedar ONEXOX pasarkan.

Walaubagaimanapun sebagai pengedar (sub-dealer) ONEXOX yang sah, modal untuk kita dapatkan stok simkad ONEXOX hanyalah RM7.80 sekeping.

Jadi untung runcit yang kita perolehi daripada sekeping simkad ONEXOX adalah:-

 

 

Semakin banyak simkad yang dapat kita jual atau pasarkan, maka semakin banyaklah untung runcit yang bakal kita terima.

3 Untung e-Recharge 2% - 5%

e-Recharge adalah merupakan akaun yang menyimpan modal tambah nilai (topup) yang boleh kita gunakan untuk menjual topup ONEXOX kepada pelanggan - pelanggan ONEXOX.

 

Contoh baki e-Recharge dalam akaun pengedar

 

Sebagai pengedar ONEXOX, kita menerima e-recharge menerusi 2 kaedah iaitu:

  1. Pindahan insentif ke akaun e-recharge.
  2. Membeli e-recharge daripada HQ ataupun Main / Area Distributor.

Apabila kita membuat pembelian e-Recharge daripada Main / Area Distributor, kita boleh menerima untung runcit e-Recharge mengikut nilai belian e-Recharge yang dibuat iaitu:-

  • RM100 - RM199 akan menerima tambahan 2%
  • RM200 - RM399 akan menerima tambahan 4%
  • RM400 dan ke atas akan menerima tambahan 5%

Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat menerima pendapatan menerusi insentif topup daripada pelanggan semata - mata, malah kita juga berkemampuan untuk menerima tambahan pendapatan hasil daripada penjualan nilai topup itu sendiri kepada pelanggan - pelanggan ONEXOX.

Menerusi e-Recharge, kita sebagai pengedar berpeluang memberi tawaran kepada pelanggan untuk terus melakukan topup sewaktu membeli simkad ONEXOX.

 

Setelah anda mendaftar sebagai Sub-Dealer ONEXOX dan berjaya menjual simkad ONEXOX kepada minima 20 orang pelanggan, maka secara automatiknya anda akan dinaiktaraf (naik pangkat) kepada Dealer.

Setelah status anda berubah daripada Sub-Dealer kepada Dealer, maka akaun anda akan "unlock" ruangan untuk mendaftarkan sub-dealer baru.

 

 

Dengan adanya ruangan ini, anda sudah boleh mendaftarkan sub-dealer ONEXOX yang baru dan meraih lebih banyak insentif!

 

1 Insentif Topup Sehingga 15%

Apabila anda sudah bergelar "dealer" dan layak untuk mendaftarkan sub-dealer baru, maka anda berpeluang untuk menerima insentif topup sehingga kepada 4 peringkat (tier) pelanggan.

Syarat untuk menerima insentif sehingga 4 tier ini adalah:-

  • Setiap peringkat (tier-1 sehingga ke tier-3) haruslah mempunyai sub-dealer @ dealer.
  • Insentif hanya diterima daripada pelanggan - pelanggan dealer yang terlibat pada aras / peringkat tersebut.

Lihat carta dibawah untuk lebih kefahaman tentang insentif yang bakal anda terima:-

 

Kita andaikan bahawa setiap tiers mempunyai 100 orang pengguna simkad ONEXOX dan melakukan purata topup sebanyak RM50.00 setiap bulan.

Jadi potensi pendapatan kita sebagai dealer adalah:

  • Tier 1 - 100 orang pelanggan x RM50 topup x 10% insentif = RM500.00
  • Tier 2 - 100 orang pelanggan x RM50 topup x 2% insentif = RM100.00
  • Tier 3 - 100 orang pelanggan x RM50 topup x 2% insentif = RM100.00
  • Tier 4 - 100 orang pelanggan x RM50 topup x 1% insentif = RM50.00

Potensi pendapatan kita adalah: RM750.00!

Ini baru sahaja "anggaran". Telah ramai pengedar ONEXOX menjana pendapatan 4 ke 5 angka setiap bulan hasil daripada perniagaan menjual simkad ONEXOX ini.

2 Insentif RM30 Setiap Pendaftaran Sub-Dealer

Anda sebagai dealer akan diberi insentif sebanyak RM30.00 bagi setiap pendaftaran sub-dealer yang anda lakukan.

 

 

Insentif pendaftaran sub-dealer ini hanya diberikan sekali sahaja bagi setiap pendaftaran sub-dealer yang anda lakukan. Semakin banyak pendaftaran yang dibuat, maka semakin banyak insentif yang bakal anda perolehi.

 

Setelah anda memiliki sekurang - kurangnya 25 orang Dealer yang aktif pada Tier-1, maka anda berpotensi untuk dipanggil temuduga naik pangkat kepada status Area Distributor (AD) oleh pihak syarikat One XOX Sdn Bhd.

Area Distributor (AD) mempunyai kuota seramai 300 orang sahaja dalam satu Malaysia.

Pada tahap inilah kerjaya anda sebagai usahawan ONEXOX yang sebenar bermula. Hal ini adalah kerana pada tahap AD ini, anda sudah pun mampu menjana pendapatan 4 ke 5 angka setiap bulan dengan mudah.

1 Insentif Topup Sehingga 19%

Apabila anda sudah bergelar "Area Distributor (AD)", ini bererti tugas anda semakin menarik dan mencabar.

Oleh kerana itu, anda layak menerima insentif topup bermula dari Tier-1 sehinggalah kepada Tier-8.

  • Tier-1: 10%
  • Tier-2: 2%
  • Tier-3: 2%
  • Tier-4: 1%
  • Tier-5: 1%
  • Tier-6: 1%
  • Tier-7: 1%
  • Tier-8: 1%

Contoh insentif topup HARIAN yang boleh dikecapi.

 

Tugas utama sebagai Area Distributor (AD) adalah:-

  1. Membekalkan stok simkad dan e-recharge kepada Dealer/Sub Dealer di bawah jaringan.
  2. Membantu serta menyalurkan maklumat/informasi kepada Dealer/Sub Dealer di bawah jaringan.

Semakin tinggi status kita, maka semakin tinggi insentif yang bakal diterima setimpal dengan tugas yang bakal kita hadapi. Inilah yang menariknya menjalankan perniagaan ONEXOX.

Tiada sebarang bentuk penindasan terhadap setiap pengedar ONEXOX dan tiada konsep 4D (duduk diam dapat duit). Setiap status pengedar ONEXOX mempunyai tugasnya yang tersendiri yang adil dan saksama.

2 Untung Runcit Simkad Sehingga 35%

Area Distributor juga akan turut menerima pelbagai insentif lain seperti "Activation Incentive" ke atas target bulanan, untung runcit yang lebih tinggi daripada Dealer iaitu:-

  1. Untung Runcit e-Recharge Sehingga 6%.
  2. Untung Runcit Simkad Sehingga 35%.

Kita andaikan anda mempunyai 25 orang dealer yang aktif menjual simkad ONEXOX.

Setiap seorang daripada mereka mengambil stok simkad seminima 100 keping setiap bulan daripada anda.

Jadi potensi untung runcit hasil daripada membekalkan simkad ONEXOX ini kepada dealer - dealer anda adalah:-

  • Kos Simkad 35% x RM10.00 = RM6.50
  • Harga bekal kepada dealer = RM7.80
  • Untung runcit sekeping simkad = RM1.30
  • Untung runcit bulanan = RM1.30 X 100 Keping Simkad X 25 Orang Dealer = RM3250.00 Sebulan!

Inilah dikatakan "kerjaya" anda sebagai seorang usahawan ONEXOX bermula pada peringkat Area Distributor. Lihat pendapatan salah seorang Area Dealer ONEXOX dibawah ini:-

 

 

Adakah anda juga mahukan pendapatan seperti beliau? Hanya 300 kuota sahaja yang ditawarkan untuk menjadi AD di seluruh Malaysia dan kini tinggal lagi sekitar 270 kuota Area Distributor (AD) yang diperlukan...

Persoalannya... Mahukah anda untuk turut kecapi status Area Distributor (AD) ini dalah tempoh 6 bulan yang akan datang?

 

Inilah status atau pangkat tertinggi yang boleh dicapai dalam menjalankan perniagaan ONEXOX.

Untuk mencapai ke tahap ini, seseorang pengedar itu haruslah mempunyai sekurang - kurangnya 10 orang Area Dealer (AD) yang aktif.

 

 

Hanya 20 orang Main Distributor (MD) yang akan ditawarkan di seluruh Malaysia. Setiap perlantikan akan ditemuduga oleh pihak syarikat One XOX Sdn Bhd.

Kelebihan Main Distributor adalah sudah semestinya menerima insentif dan untung runcit yang lebih tinggi berbanding AD dan Dealer selain daripada mempunyai manfaat yang lain.

Cerita tentang MD ini kita sambung hanya selepas anda berjaya menjadi Area Dealer (AD) kelak.

 

Persoalannya sekarang... Adakah anda sudah bersedia untuk menerima segala kelebihan dan keuntungan menjadi seorang pengedar ONEXOX?

 

Jika YA jawapan anda, TAHNIAH kami ucapkan.

Secara ringkasnya, berikut adalah laluan kerjaya sebagai Pengedar ONEXOX yang bakal anda tempuhi:-

 

 

 

Berapakah Modal Yang Diperlukan Untuk Bermula Sebagai Sub-Dealer ONEXOX?

Dengan modal yang paling minima, anda boleh bermula sebagai sub-dealer ONEXOX dengan kos hanya:-

RM290.00
RM278.00 Sahaja!

( Dua Ratus, Tujuh Puluh Lapan Ringgit Malaysia Sahaja )

Dengan kos yang amat minima ini, anda sudah boleh memulakan perniagaan telekomunikasi yang bernilai berbillion ringgit ini.

Kos permulaan yang ditawarkan untuk menjadi sub-dealer ONEXOX ini adalah amat rendah berbanding jika anda ingin menjadi "dealer" kepada syarikat telekomunikasi yang terkenal seperti Maxis, Digi, Celcom, U-Mobile dan lain - lain.

Percaya atau tidak, anda memerlukan modal sekurang - kurangnya 4 angka untuk menjadi dealer mereka.

ONEXOX menawarkan peluang perniagaan yang amat menguntungkan dengan kos yang sangat rendah disamping pelbagai kelebihan dan keuntungan yang menanti anda.

Jadi.., jangan tunggu lagi kerana jika lambat bertindak, anda pasti akan ketinggalan...

 

Apakah yang bakal anda terima sebaik sahaja mendaftar sebagai Sub-Dealer ONEXOX?

Dengan melakukan pendaftaran sebagai sub-dealer ONEXOX, berikut adalah item - item yang akan anda perolehi:-

 

1 Starter Pack

Dengan modal RM278.00, berikut adalah pecahan modal:-

  1. 10 Keping Simkad ONEXOX (SP dan/atau MNP) bernilai RM78.00
  2. e-Recharge bernilai RM100.00 (untuk penjualan topup ONEXOX)
  3. Administration Fee - RM100.00 (akses ke system dealer)

Selepas menerima pek permulaan ini, anda sudah boleh memulakan kerjaya anda sebagai pengedar ONEXOX.

 

2 Akses Ke Ruangan Dealer ONESys

Apabila anda sudah bergelar sebagai sub-dealer ONEXOX, maka anda akan dapat mengakses ke ruangan dealer pada sistem ONESys (panel pengurusan ONEXOX).

Menerusi panel ini, anda boleh melakukan perkara - perkara berikut:-

  1. Mendaftarkan simkad ONEXOX (Sim Baru atau Sim Kekal Nombor).
  2. Melihat status pendaftaran simkad pelanggan.
  3. Menambah nilai (topup) kredit pelanggan.
  4. Melihat status topup kepada pelanggan.
  5. Mendaftarkan sub-dealer (hanya boleh diakses apabila status anda menjadi dealer).
  6. Melihat segala rekod jumlah insentif yang diterima.
  7. Mendapatkan segala material / bahan promosi dealer.

Sebagai sokongan kami di OneXOXStore.com, apabila anda mendaftar sebagai pengguna dan menjadi pengedar ONEXOX menerusi OneXOXStore.com ini, maka anda berpeluang untuk memiliki...

Bonus Bernilai Lebih RM4,500.00 Menanti Anda Eksklusif Untuk Rakan Niaga OneXOXStore.com

Jom kita lihat apakah bonus - bonus istimewa yang bakal anda terima sebagai rakan niaga ONEXOX kami di OneXOXStore.com:-

Bonus #1 - Sistem Web Replika + Sistem Pengurusan Jualan Simkad

Sebagai rakan niaga (sub-dealer) ONEXOX yang mendaftar menerusi OneXOXStore.com, kami akan berikan akses kepada sistem web replika OneXOXStore.com yang bernilai RM4,500.00 ini kepada anda. Menerusi sistem web replika OneXOXStore.com ini, anda sebagai dealer ONEXOX berkemampuan untuk:-

  1. Memiliki laman web promosi menerusi fungsi sistem referral. Contoh link: http://onexoxstore.com/admin dimana admin adalah ID dealer.
  2. Berkebolehan untuk menyenaraikan nombor - nombor simkad SP atau MNP ONEXOX yang ingin dijual di: http://onexoxstore.com/offer/order
  3. Memaparkan data anda sebagai dealer sepenuhnya. Segala pembelian, pertanyaan pelanggan akan diberikan secara terus kepada anda.
  4. Menguruskan segala tempahan produk simkad ONEXOX.

Fungsi yang dinyatakan di atas hanya khas disediakan untuk mereka yang menjadi pengguna dan pengedar ONEXOX menerusi laman web OneXOXStore.com ini sahaja.

Bonus #2 - Bahan Promosi Pek Permulaan PERCUMA

Kami juga akan bekalkan anda bahan promosi offline PERCUMA untuk permulaan aktiviti promosi anda seperti berikut:-

  1. Booklet Panduan Ringkas Pengguna ONEXOX.
  2. Fliers Promosi.

Ini adalah sokongan awal kami untuk membantu anda memulakan perniagaan ONEXOX. Kami di OneXOXStore.com mahukan anda untuk turut sama - sama berjaya dalam perniagaan ini.

Bonus #3 - Aktiviti "Merembo" Kumpulan

Salah satu aktiviti yang paling menyeronokkan apabila telah menjadi pengedar ONEXOX adalah aktiviti berniaga (merembo) di pelbagai tapak niaga seperti pasar malam, bazaar karat, festival dan sebagainya.

Sebagai rakan niaga ONEXOX menerusi OneXOXStore.com, kami aktif menjalankan aktiviti merembo ini dan kami sentiasa mencari rakan - rakan niaga yang berdekatan antara satu sama lain di serata tempat bagi menjalankan aktiviti ini bersama.

Sekiranya anda inginkan pengalaman berniaga yang baru dan inginkan rakan - rakan niaga yang sentiasa akan membantu anda, maka kami sedia untuk bersama anda.

Bonus #4 - Group Bimbing VIP OneXOXStore.com

 

Sebagai pengguna dan rakan niaga ONEXOX yang mendaftar menerusi OneXOXStore.com, anda akan dimasukkan ke dalam group khas (VVIP) OneXOXStore di Facebook dan juga di Whatsapp.

Group VVIP ini adalah bertujuan untuk membantu dan membimbing anda dalam segala persoalan berkaitan ONEXOX dan sistem OneXOXStore.com.

Group VVIP ini akan memfokuskan perkongsian pelbagai ilmu pemasaran yang boleh diapplikasikan untuk menjadikan ONEXOX Prepaid ini sebagai salah satu sumber pendapatan pasif yang berterusan untuk anda dan keluarga.

 

Jalan untuk berjaya telah tersedia untuk anda... Peluang berniaga menerusi ONEXOX kini terbentang luas... Bilakah anda mahu mulakan perniagaan ONEXOX ini bersama kami?.. Isikan maklumat anda dibawah untuk segera bermula...

Borang Pra Pendaftaran Pengedar ONEXOX

Isikan butiran yang diperlukan dibawah untuk proses pendaftaran sub-dealer ONEXOX.

Sila masukkan nama penuh anda (mengikut IC).
Masukkan alamat emel anda.
Masukkan nombor telefon untuk dihubungi.
Masukkan lokasi bandar kediaman anda.
Kami akan kirimkan fail borang pendaftaran sub-dealer ONEXOX yang perlu anda isi (manual) dan maklumat akaun bayaran bagi kos pendaftaran sub-dealer ONEXOX ini.

Jangan segan, jangan malu... hubungi kami segera menerusi maklumat di bawah ini.

Rakan Niaga ONEXOX Anda

 

Login Akaun OneXOXStore.com

Isikan butiran login anda dibawah atau terus login menggunakan akaun Facebook anda.


Lupa katalaluan?

Atau anda belum ada akaun ahli lagi?

Daftar PERCUMA!
Sertai Komuniti Kami

Hubungi / Bantuan

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan bantuan berkaitan produk ONEXOX, sila hubungi:

Borang Hubungi

Jika anda lebih senang berurusan menerusi emel, jangan segan untuk isikan segala pertanyaan atau pesanan anda pada borang hubungi dibawah ini:

Beli Simkad ONEXOX

Ingin membuat pembelian simkad ONEXOX? Klik butang tempah dibawah ini:-

Penafian: Laman web OneXOXStore.com ini BUKAN merupakan atau mewakili laman web rasmi bagi One XOX Sdn. Bhd. Laman web OneXOXStore.com ini adalah merupakan laman web promosi yang dibangunkan atas inisiatif individu yang berminat untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk keluaran One XOX Sdn. Bhd. Walaubagaimanapun, laman web OneXOXStore.com ini telah mendapat kelulusan daripada pihak syarikat untuk kegunaan para pengedar ONEXOX. Klik di sini untuk lihat bukti kelulusan web promosi OneXOXStore.com daripada pihak syarikat One XOX Sdn Bhd.